Tuesday, July 24, 2007

Budak GEDIK

Ada banyak program bodoh kat tv malaysia. Salah satunya ialah Santai Gedik. Nama pun dah bodoh. Aku tak pernah tengok pun rancangan ni tapi dengar namanya jer aku macam nak muntah. Melayu ni memang suka guna perkataan GEDIK. Tapi tau tak apa kegunaannya? Pada aku, makna gedik ni sangat memalukan dan membencikan. Ni nak citer pasal sekor BUDAK GEDIK.

Sekiranya kita dengar perkataan GEDIK, dalam otak kita akan ada dua makna:
1. Bagi yang baik hati, mereka akan nampak gedik ni adalah perlakuan manja yang comel. Dibuat oleh kanak-kanak. Kalau orang remaja dan tua gedik pun, di mata mereka, mereka nampak gedik itu tidak salah sebab gedik itu adalah perangai tersendiri seseorang individu.
2. Bagi yang melihat dari sudut lain, gedik dilihat sebagai perlakuan yang menyampahkan. Apa taknya, gelak "hik..hik..hik..", ala-ala control ayu. Lenggang lenggok yang sengaja dibuat-buat. Ibarat makyah baru lepas telan pil hormon lepas tu jumpa mat bangla hensem (hensem ke?). Yang lagi teruk akan mula buat muka macam penguin kutub...ingat lawa sangat ke tu. Siap pakai macam bini tarzan. Bila berjalan, dada diangkat dan punggung digoyang-goyang. Bila jumpa spesis jantan mula menggesel-gesel, suara ditahan-tahan konon macam lemak merdu. Yang peliknya, budak Gedik ni tak kira jantan jenama apa. Jenama laki orang ke, jenama pakai kopiah ke, jenama budak sekolah ker semua dia nak try MENGEDIK.

Tapi hari ni aku nak korang tengok GEDIK dari perspektif aku. Dari visi aku. Aku nak besarkan sikit makna gedik ni dengan bercerita tentang seorang budak yang aku panggil gedik. Tapi aku hanya tulis kat sini dengan cakap dalam hati jer. Tak sampai hati aku nak lekatkan label kat dahi si budak ni. Cuma bila tulis kat sini biar orang lain baca dan ingat, ada lagi perlakuan Gedik yang perlu diambil kira. Sebab makin lama, orang yang melihat akan menyampah dan membenci.

Dia ni kira pekerja bawah aku. Umur baru 20an, datang kerja bukan main sopan. Tak usah lah aku menyebut siap bertudung sebab nanti orang pergi ingat citer aku ni pasal budak pakai tudung. Sebab pakai tudung ke tak kalau mereka dah gedik memang takleh buat apa dah.
Okay berbalik kes budak tadi tu. Kat opis ni dia ditugaskan untuk buat tugas-tugas khas. Kiranya ala-ala opis boy la. Ialah, dah kelulusan setakat spm jek... tapi syarikat tu ada vision ngan budak ni. Sebab dia ni nampak macam berpotensi dlm PR (tak tau PR pi carik kamus). Aku ni pun di kalangan orang yang menginterview budak ni gak masa dia nak masuk kerja dulu. Aku ingat lagi, cara dia bercakap memang bagus. Kiranya kalau yang mendengar tu memang boleh percaya. Alamak ada tak aku sebut tadi yang dia ni memang comel. So, pihak syarikat merangkap pihak aku ni, setuju nak bagi dia peluang kerja kat sini. Kitorang nak latih dia sampai berjaya. Ialah, kalau ambik budak ada degree sure nak bayar gaji lagi mahal. Jadi kitorang ingat dengan bakat yang budak ni ada, boleh jadi aset syarikat.

Bakat ke....?
Dalam sebulan, budak ni memang bagus. Aku pun rasa dia ni comel dan kadang-kadang tu ada sikit-sikit gedik. Tapi perasaan aku masa tu aku rasa dia ni kiranya gedik yang No 1 kat atas tu.
Contohnya, bila disuruh buat apa-apa, dia akan cakap "kerana syarikat ni, saya akan buat apa sahaja" pastu senyum comel. Aku tak terasa langsung yang dia ni nak mengedik ke apa.
Tapi lelama aku rasa dia ni macam semacam.... bila aku suruh jumpa mana-mana staf lain atas sesuatu urusan, dia akan buat muka macam kesian. Aku pun macam tak jadi nak suruh buat banyak-banyak (sebab terfikir gak aku ni dah buat dia macam secretaryla, opis boy la dan lain-lain). Tapi tetiba dia cakap, takpelah...saya akan berusaha untuk buat. Sebagai majikan yang baik hati, dah tentu aku rasa terharu dan bangga dapat pekerja macam ni.

Ropa-ropanya, budak gedik ni bukan taknak buat kerja yang aku suruh. Tapi sebenarnya dia suka sangat nak buat kerja-kerja tu. Sengaja je purak-purak tak nak buat supaya orang ingat bukan dia yang sengaja nak jumpa staf-staf tu. Dia boleh pergi menggesel dengan staf-satf lain yang dia kena jumpa. Bila dia jumpa staf-staf tersebut, dia akan buat muka yang sangat "comel", buat aksi-aksi rajin terlebih.... tujuannya...nak tarik perhatian!!!! Mulanya aku tak tau. Tapi bila ada member aku, kat department lain cakap, "boleh tak ko hantar orang lain jumpa aku... tak larat aku nak melayan budak tu" selidik punya selidik, budak gedik ni kalau aku suruh jumpa sekali, dia pergi 3-4 kali. Alasannya nak confirmkan atau nak cek semula kerja-kerja dia buat tu betul ke tidak. Dah tentu member aku tu bosan. Dia cakap, orang lain pun dah menyampah. Sebab budak ni akan pura-pura terlupa, dan minta diajar. Bayangkanlah.....benda yang sama dia tanya kat aku, dia tanya kat member aku dan tanya kat orang lain. Dementia ke apa budak.

Yang aku paling bengang, benda yang disuruh buat tak pernah nya betul. Macam mana nak betul, hati dok ingat nak menGEDIK. Yang tak disuruh nak-nak jugak dibuat. Bukannya apa, bila member aku komplen, aku nak gak jaga department aku. So aku tak bagi la dia kerja-kerja jumpa orang ni. Aku suruh dia buat kerja dalam opis kitorang jer....tapi tup-tup dia hilang. Bila tanya mana dia pergi, dia cakap dia pergi department A nak buat benda. Bila aku cakap, kan awak tak payah buat benda tu.... nanti dia akan buat muka-muka blur pastu senyum-senyum dan cakap "aa..la...tak pe, saya nak tolong je"...
Apa perasaan aku, korang rasa?

Jadi..ni aku nak cakap. GEDIK ni salah satu tujuannya ialah nak tarik perhatian. Sebenarnya, kalau muka dah comel...tak yah mengedik lagi saham naik. Aku rasa, budak ni sure tak rasa dia sedang melakukan aksi-aksi GEDIK sebenarnya. Dia rasa dia comel. Sebab tu dia GEDIK. Comel ke GEDIK? Yang aku pasti, tak semestinya orang comel tu GEDIK. Sebab ada seseorang yang sangat comel di mata aku tu....tak pernah buat sebarang aksi ke arah GEDIK.

Kabel dan Kipas....prinsip Melayu untuk berjaya

Bila orang baca sahaja tajuk yang aku tulis mesti ada yang dah melenting. Tak usah lah cakap yang kau tak buat. Sedikit sebanyak, kita sebenarnya memang mengamalkan prinsip KABEL dan KIPAS.

Ni aku nak cakap sikit apa makna kabel dan kipas ni.

Monday, July 23, 2007

Melayu kaki cantas dan penipu.

Bila kita nak meletak jawatan. Apa alasan yang sering kita berikan kepada majikan kita? Biasa dengar alasan-alasan begini:
1. Mak bapa /suami / isteri terpaksa berpindah. Kena ikut keluarga.
2. Saya ingin memajukan diri.
3. Saya ingin mendapatkan lebih banyak pengalaman.
4. Dan pelbagai lagi alasan yang kononnya untuk kebaikan semua pihak.

Banyak orang akan membincangkan perkara meletak jawatan ini dengan menyalahkan pihak majikan dan tempat kita bekerja. Pernah tak kita terfikirkan apa perspektif majikan itu sendiri? Pernah tak dengar ada majikan yang kecewa apabila mendengar yang pekerja meletak jawatan dengan alasan-alasan basi dan tidak berasas ini. Berasas ke kalau yang sebenarnya diorang ni letak jawatan sebenarnya kerana dapat tawaran yang lebih lumayan dan baik di tempat lain. Mungkin ada pembaca yang pelik dengan ayat aku ni. Itu sebab kita melihat masalah dari satu perspektif jer.

Begini......
Satu syarikat orang Melayu yang baru dibuka. Prospek syarikat sangat bagus. Target market adalah islamik produk (sebab sangat kurangnya islamik produk di dunia ni). Syarikat ni merancang dengan teliti semua hal-hal yang sepatutnya. Insya Allah kalau berjaya, produk ini akan menjadi satu jenama yang membanggakan. Dengan baik hatinya, syarikat ni hanya mengambil pekerja Melayu untuk memajukan orang Melayu. Maka tertubuhlah syarikat dan terhasillah produk seperti yang dikatakan tadi.....

Apa berlaku seterusnya.....
Si Melayu yang kaki cantas akan mula nampak peluang. Percaya tak kalau aku katakan yang si kaki cantas ni biasanya bermula dengan pekerja yang paling dipercayai dalam syarikat ni. Pekerja ni akan mula mengambil semua formula dan rahsia syarikat secara diam-diam.
Selepas itu, mencuri semua klien dan contact syarikat ini. Tidak sampai beberapa bulan, akan ada satu lagi syarikat yang sama keluar, target tempat yang sama. Ditubuhkan oleh Melayu kaki cantas tersebut.

Ok..
Orang-orang kepala bisnes akan kata, biasalah...itukan caranya bisnes. Aku juga setuju kalau kita katakan itu taktik bisnes. Tapi sekiranya produk dan target itu sebijik-sebijik, itu bukan bisnes lagi dah....MENCANTAS namanya tu. Syarikat pertama tadi, dengan baik hatinya melepaskan pekerja tadi, sebab pekerja tadi cakap nak berhenti kerja sebab nak balik kampung tolong mak yang dah tua kat kampung. Siap bagi bonus. Lepas tu tau-tau si pekerja tadi ni dengan selambanya bukak syarikat tadi sebelah sayrikat lama dia. Buat-buat tak kenal dengan majikan yang baik hati tadi tu. Dan yang paling menyedihkan, majikan tadi tu sangat baik hati dan akan kata, takpela...biar lah dia, teruskan bisnes tadi dengan niat Kerana ALLLAH Taala. Tapi si pekerja penipu tu, tanpa rasa bersalah terus mengembangkan syarikatnya sambil memburuk-burukkan syarikat lamanya. Sipekerja penipu tu pun akhirnya berjaya dan syarikat majikan tadi mula bungkus.

Ketawalah....
Hoi orang Melayu. Cuba fikir. Segala idea adalah HARTA INTELEK. Perbuatan si pekerja penipu itu adalah tidak sah di sisi undang-undang. Tapi dia peduli apa. Yang penting dia nak berjaya. Sanggupkah kita berjaya dengan memijak kepala orang lain. DENGAR SINI!!! Orang cina memang mencantas jugak. Tapi diorang mencantas orang melayu dan bangsa lain. BUKAN mencantas sesama mereka. Sedangkan Melayu Kaki Cantas ni, mencantas bangsa sendiri!!!!

Melayu memang suka menipu. Kononnya cakap berlapik. Piraaahh....berlapik apa kalau 10 yang dicakapkan 1 pun tak boleh pakai. Cuba fikirkan, pernah tak bila kita nak meletak jawatan kita beritahu perkara sebenar kepada majikan kita tu sebab sebenar kenapa kita nak berhenti. Kenapa kita tak boleh nak cakap yang sebenarnya kita berhenti kerana syarikat tersebut mempunyai masalah yang sepatutnya diselesaikan. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu jasa sebelum meninggalkan syarikat yang memberi kita makan selama ini.

Selama ini ramai orang bercakap dari perspektif pekerja. Aku bercakap dari perspektif majikan. Kerana perkara ini benar berlaku.

Ceritanya....

Aku mengenali sepasang suami isteri berusia 50 tahun yang ingin membuka satu bisnes. Mereka ingin membuka pusat pembelajaran Islamik untuk kanak-kanak pra tadika. Apa yang menyedihkan, Pusat itu berjaya dalam setahun pertama. Mereka berjaya melatih 2 orang guru yang begitu bermuka manis. Kedua-dua orang guru ini konon-kononnya benar-benar berusaha untuk membantu dua ORANG TUA LURUS tu. Sebab orang tua tu kononnya ingin membuat amal selepas pencen. Siap bagi bonus kat dua orang guru tu walaupun kerja tak sampai 6 bulan. Entahlah...macam mana, guru dua orang tu tiba-tiba tak datang kerja. Panikla 2 orang tua ni. Alih-alih dapat surat selepas 1 minggu yang kedua-dua guru ni berhenti dengan alasan nak kawin dan balik kampung tolong mak.

Dan hari ni, saudara ORANG TUA ni, (kebetulan kawan aku) menceritkan hal ni kepada aku. Kawan aku ni cakap dia ternampak dua orang guru tadi dah buka pusat yang sama di kawasan yang sama. Sedangkan ORANG TUA tu masih belum tahu perkara sebenar. Kawan aku tak sampai hati nak beritahu ORANG TUA tu......


Kalau aku pun aku tak sampai hati. Sebab orang tua tu benar-benar bersangka baik terhadap bekas pekerjanya. Yang paling menyedihkan, pusat yang dibina orang tua itu kini semakin mundur. Apa taknya, nak dapat guru baru bukan main susah. Sebelum ni banyak duit dah dihabiskan kini terpaksa bermula semula. Bayangkan apabila dua orang guru tu berhenti, mereka bawa bersama pelajar-pelajar dari pusat orang tua ini. Guru-guru ni siap mengutuk tempat orang tua ni. Cis...sungguh memalukan perangai guru penipu ini.

Insya Allah, Allah Maha Kaya. Dia akan membalas tiap-tiap perbuatan itu. Tidak sekarang, di akhirat pasti tak terlepas punya.

Hari yang malang

Sungguh sedih hari ni sehinggakan aku mengambil keputusan untuk menulis satu blog untuk menceritakan semua perkara yang amat aku geram dan tidak puas hati dengan ORANG MELAYU!!!!.
Tak cukupkah lagi persamaan orang melayu dengan TIDAK AMANAH, RASUAH, BODOH, MALAS, SUKA MENCANTAS, SUKA MENGIPAS, NEPOTISMA, KRONISMA, DEGIL, TIDAK SEDAR DIRI, PERASAN, dan segala macam perangai yang HODOH.
Aku benar-benar geram sehinggakan aku mengambil keputusan untuk menulis blog ini bermula hari ni. Aku akan cuba menulis dalam bahasa melayu sahaja. Kerana aku orang melayu yang ingin cuba membaiki jati diri melayu aku sendiri. Kalau ada yang membaca blog ini dan tersinggung, bagus...biar kita sama-sama fikir. Di mana Melayunya kita ni.
Aku akan mulakan dengan 3 cerita yang benar-benar menyedihkan ku. Mungkin perkara ini terjadi kepada orang rapat dengan aku. Tetapi kejadian ini membuatkan aku berfikir dan berfikir. Tidak sedarkah lagi bangsaku ini. Dan sanggupkah aku terus berdiam diri.

Kepada sesiapa yang mengharap aku akan menyentuh isu besar, maaflah yer. Aku malas. Aku rasa itu kerja orang yang sepatutnya bekerja. Aku hanya akan cakap isu-isu yang tak disedari atau dipandang remeh oleh manusia-manusia di bumi yang fana ini.