Monday, July 23, 2007

Melayu kaki cantas dan penipu.

Bila kita nak meletak jawatan. Apa alasan yang sering kita berikan kepada majikan kita? Biasa dengar alasan-alasan begini:
1. Mak bapa /suami / isteri terpaksa berpindah. Kena ikut keluarga.
2. Saya ingin memajukan diri.
3. Saya ingin mendapatkan lebih banyak pengalaman.
4. Dan pelbagai lagi alasan yang kononnya untuk kebaikan semua pihak.

Banyak orang akan membincangkan perkara meletak jawatan ini dengan menyalahkan pihak majikan dan tempat kita bekerja. Pernah tak kita terfikirkan apa perspektif majikan itu sendiri? Pernah tak dengar ada majikan yang kecewa apabila mendengar yang pekerja meletak jawatan dengan alasan-alasan basi dan tidak berasas ini. Berasas ke kalau yang sebenarnya diorang ni letak jawatan sebenarnya kerana dapat tawaran yang lebih lumayan dan baik di tempat lain. Mungkin ada pembaca yang pelik dengan ayat aku ni. Itu sebab kita melihat masalah dari satu perspektif jer.

Begini......
Satu syarikat orang Melayu yang baru dibuka. Prospek syarikat sangat bagus. Target market adalah islamik produk (sebab sangat kurangnya islamik produk di dunia ni). Syarikat ni merancang dengan teliti semua hal-hal yang sepatutnya. Insya Allah kalau berjaya, produk ini akan menjadi satu jenama yang membanggakan. Dengan baik hatinya, syarikat ni hanya mengambil pekerja Melayu untuk memajukan orang Melayu. Maka tertubuhlah syarikat dan terhasillah produk seperti yang dikatakan tadi.....

Apa berlaku seterusnya.....
Si Melayu yang kaki cantas akan mula nampak peluang. Percaya tak kalau aku katakan yang si kaki cantas ni biasanya bermula dengan pekerja yang paling dipercayai dalam syarikat ni. Pekerja ni akan mula mengambil semua formula dan rahsia syarikat secara diam-diam.
Selepas itu, mencuri semua klien dan contact syarikat ini. Tidak sampai beberapa bulan, akan ada satu lagi syarikat yang sama keluar, target tempat yang sama. Ditubuhkan oleh Melayu kaki cantas tersebut.

Ok..
Orang-orang kepala bisnes akan kata, biasalah...itukan caranya bisnes. Aku juga setuju kalau kita katakan itu taktik bisnes. Tapi sekiranya produk dan target itu sebijik-sebijik, itu bukan bisnes lagi dah....MENCANTAS namanya tu. Syarikat pertama tadi, dengan baik hatinya melepaskan pekerja tadi, sebab pekerja tadi cakap nak berhenti kerja sebab nak balik kampung tolong mak yang dah tua kat kampung. Siap bagi bonus. Lepas tu tau-tau si pekerja tadi ni dengan selambanya bukak syarikat tadi sebelah sayrikat lama dia. Buat-buat tak kenal dengan majikan yang baik hati tadi tu. Dan yang paling menyedihkan, majikan tadi tu sangat baik hati dan akan kata, takpela...biar lah dia, teruskan bisnes tadi dengan niat Kerana ALLLAH Taala. Tapi si pekerja penipu tu, tanpa rasa bersalah terus mengembangkan syarikatnya sambil memburuk-burukkan syarikat lamanya. Sipekerja penipu tu pun akhirnya berjaya dan syarikat majikan tadi mula bungkus.

Ketawalah....
Hoi orang Melayu. Cuba fikir. Segala idea adalah HARTA INTELEK. Perbuatan si pekerja penipu itu adalah tidak sah di sisi undang-undang. Tapi dia peduli apa. Yang penting dia nak berjaya. Sanggupkah kita berjaya dengan memijak kepala orang lain. DENGAR SINI!!! Orang cina memang mencantas jugak. Tapi diorang mencantas orang melayu dan bangsa lain. BUKAN mencantas sesama mereka. Sedangkan Melayu Kaki Cantas ni, mencantas bangsa sendiri!!!!

Melayu memang suka menipu. Kononnya cakap berlapik. Piraaahh....berlapik apa kalau 10 yang dicakapkan 1 pun tak boleh pakai. Cuba fikirkan, pernah tak bila kita nak meletak jawatan kita beritahu perkara sebenar kepada majikan kita tu sebab sebenar kenapa kita nak berhenti. Kenapa kita tak boleh nak cakap yang sebenarnya kita berhenti kerana syarikat tersebut mempunyai masalah yang sepatutnya diselesaikan. Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu jasa sebelum meninggalkan syarikat yang memberi kita makan selama ini.

Selama ini ramai orang bercakap dari perspektif pekerja. Aku bercakap dari perspektif majikan. Kerana perkara ini benar berlaku.

Ceritanya....

Aku mengenali sepasang suami isteri berusia 50 tahun yang ingin membuka satu bisnes. Mereka ingin membuka pusat pembelajaran Islamik untuk kanak-kanak pra tadika. Apa yang menyedihkan, Pusat itu berjaya dalam setahun pertama. Mereka berjaya melatih 2 orang guru yang begitu bermuka manis. Kedua-dua orang guru ini konon-kononnya benar-benar berusaha untuk membantu dua ORANG TUA LURUS tu. Sebab orang tua tu kononnya ingin membuat amal selepas pencen. Siap bagi bonus kat dua orang guru tu walaupun kerja tak sampai 6 bulan. Entahlah...macam mana, guru dua orang tu tiba-tiba tak datang kerja. Panikla 2 orang tua ni. Alih-alih dapat surat selepas 1 minggu yang kedua-dua guru ni berhenti dengan alasan nak kawin dan balik kampung tolong mak.

Dan hari ni, saudara ORANG TUA ni, (kebetulan kawan aku) menceritkan hal ni kepada aku. Kawan aku ni cakap dia ternampak dua orang guru tadi dah buka pusat yang sama di kawasan yang sama. Sedangkan ORANG TUA tu masih belum tahu perkara sebenar. Kawan aku tak sampai hati nak beritahu ORANG TUA tu......


Kalau aku pun aku tak sampai hati. Sebab orang tua tu benar-benar bersangka baik terhadap bekas pekerjanya. Yang paling menyedihkan, pusat yang dibina orang tua itu kini semakin mundur. Apa taknya, nak dapat guru baru bukan main susah. Sebelum ni banyak duit dah dihabiskan kini terpaksa bermula semula. Bayangkan apabila dua orang guru tu berhenti, mereka bawa bersama pelajar-pelajar dari pusat orang tua ini. Guru-guru ni siap mengutuk tempat orang tua ni. Cis...sungguh memalukan perangai guru penipu ini.

Insya Allah, Allah Maha Kaya. Dia akan membalas tiap-tiap perbuatan itu. Tidak sekarang, di akhirat pasti tak terlepas punya.

No comments: